Thursday 14 April 2011

Gerakan Reformis Pendidikan Marhaen (GRPM) vs Gerakan Amal Pendidikan Marhaen(GAPeM)

Assalamualaikum Wahai Insan ,

 Setelah mengadakan beberapa seisi perjumpaan dan calling-calling dengan beberapa rakan lama , akhirnya saya dapat beberapa crew yang aku sasarkan sebelum ni.Tambahan pula , saya juga mendapat beberapa cebisan idea yang bernas dan saya terima dengan hati yang terbuka.

Pertamanya ,nama gerakan patut ditukar supaya tidak menampakkan gerakan ini terlalu radikal kerana reformis sudah cukup untuk melambangkan semangat ingin "menentang" dan membentuk sesuatu yang baru. Idea dan komen ini dikemukakan oleh Muhammad Azim .Tambah Muhammad Azim lagi hal ini juga bagi mengelakkan marhaen melatah.Beliau merupakan rakan lama saya yang kini menetap di Puncak Alam Selangor. Jadi , selepas berfikir selama dua minit. Saya mengambil keputusan untuk menggugurkan perkataan "REFORMIS" dan menggantikannya dengan "AMAL". Jadi , dalam kata yang pendek gerakan ini dipanggil "GAPeM" seperti yang dikemukakan oleh Muhammad Azim. Suatu yang amat bagus dan saya berbangga dengan idea yang dicetuskan oleh beliau.



Lagipun , seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa gerakan ini bukanlah ingin merubah segala perkara serta merta. Tetapi lebih kepada kerja amal dan membantu mereka yang kekurangan serta tidak mendapat panduan.Terima Kasih Kawan...

 Dengan itu , nama gerakan ini dipinda menjadi Gerakan Amal Pendidikan Marhaen (GAPeM) dan nama ini amat bersesuaian dengan apa yang kita akan perjuang dan kerjakan.Kerja amal pendidikan.

  Selain itu , saya juga bercadang ingin membuat perjumpaan atau kita akan panggil sebagai "BANG" pertama untuk sesi suai kenal dan mengenali tugas , matlamat , visi dan misi dalam gerakan. Diharap semua bakal crew dapat memberi kerjasama untuk task yang pertama ini. Segalanya saya akan umumkan melalui blog dan SMS dalam masa terdekat. Sekian.

.naimrafidi.

Saturday 9 April 2011

irama bermula

Assalamualaikum Wahai Insan....

Ini merupakan entry pertama. Gerakan Reformasi Pendidikan Marhaen ? Mesti ramai terfikir. Haish , apa ni ? Untuk apa ni ? Pertama kali saya perkenalkan suatu gerakan amal bagi meningkatkan , menyokong serta merubah taraf pendidikan di negara tercinta ini. Memang terlalu muda dan masih terlalu awal untuk mengapai suatu visi yang masih terlalu jauh dan payah bagi meniti matlamat tersebut. Tapi , tak kisah la kan. Kalau semua benda senang , tak kan Anwar Ibrahim yang nak buat reformasi daripada muda hingga tua tu masih tak capai matlamat. Tapi , asalkan ada kesedaran. Betul  tak ? Sebenarnya dah lama saya berhasrat untuk melakukan perkara seperti ini memandangkan saya pernah berada di bawah(duduk di sekolah harian) dan saya juga pernah berada di atas(Sekolah Berasrama Penuh). Tidaklah secara total , tetapi kadangkala apabila kita lihat dan renung kembali panorama pendidikan kita ibarat sistem kapitalis yakni yang bijak terus berada di takhta , terus dijulang , terus didewa-dewa kan manakala yang kurang bijak terus berada di bawah, tidak diberi perhatian dan gagal mencari peluang serta bakat yang terkandung dalam diri masing-masing. Tidaklah tujuan saya untuk mengkritik serta mengatakan bahawa keseluruhan sistem tidak berjaya. Tetapi , sistem tidak dapat mendidik serta mengetengahkan bakat marhaen secara total. Sistem kita terlalu mendewakan orang cerdik persis sistem di England. Hal ini adalah berdasarkan pengalaman saya di mana rakan - rakan yang kurang bijak tidak mampu mencari jalan bagi meniti kejayaan sedangkan jalan terbentas luas untuk mereka bergerak setaraf dengan pelajar cemerlang akademik yang lain.. Gred bukanlah segalanya dan penetu kebijaksaan manusia. Anda boleh baca entry saya di sini http://andagila.blogspot.com/2011/03/revolusi-pendidikan.html?zx=c97657baeb9b5bf8

Sejak di bangku sekolah saya sering membaca dan membuat kajian tentang kecerdikan sebenar manusia yang meliputi IQ, EQ dan SQ dan bukanlah berlandaskan IQ yang kita amalkan selama ini. Jadi , atas dasar itulah saya ingin menubuhkan gerakan ini bagi merealisasikan impian dan cita - cita seluruh marhaen serta mengubah perspektif pelajar , ibu bapa dan masyarakat tentang nilai kebijaksaan dan kualiti pendidikan itu sendiri. Tidak guna kita mengatakan dan menuduh itu dan ini . Itu tidak bagus , sistem teruk , sistem kotor dengan politik. Semua tidak akan berubah. Cakap tak guna mat!. Jadi , gerakan amal ini mungkin juga tidak mampu mengubah segalanya . Tetapi , sekurang - kurangnya mampu membantu serta marhaen akan mendapat hak untuk berjaya. Percayalah , semua manusia mampu berjaya sekiranya ada jalan. Tetapi perspektif kita tentang kejayaan dan kebijaksaan menjadikan nasib ramai rakan - rakan , adik- adik dan anak - anak kita berakhir sebagai operator kilang dan seumpamanya.


Seterusnya , saya ingin mencari seberapa ramai crew bagi menyokong usaha ni. Tidak kira latar belakang asalkan faham matlamat , sanggup berkorban , mempunyai semangat kerja berpasukan serta mampu untuk berkhidmat untuk seluruh marhaen. Kita boleh berbincang dan berkongsi idea.Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada naimrafidi@gmail.com atau terjah facebook saya tukangkasutjalanan@gmail.com












NAIMRAFIDI